Pages

Thursday, 11 April 2013

ISO14001-2015 Aspek Alam Sekitar - Kenal dan Nilai

ISO14001 - Piawai Sistem Pengurusan Alam Sekitar

Tips atau panduan bagi Mengenalpasti Aspek-aspek Alam Sekitar serta kaedah Penilaian bagi mengenalpasti aspek-aspek yang ketara atau 'Significant Environmental Aspects' (This article is published in Bahasa Malaysia to enhance its comprehension among Malaysians who are more proficient in or prefers this language) 


Rajah-1 Model ISO14001:2015 - Ini merupakan keseluruhan kehendak bagi melaksanakan system pengurusan alam sekitar yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. Diasaskan oleh JK TC207 di Geneva, Switzerland.





"This additional information is dedicated to those who can't make it to our training. 2016 is supposedly a year of austerity for many companies. This is the best of my capacity to contribute in such difficulties. I hope companies affected by the economic crisis and subsequently the TPPA remains competitive and sustainable. I have just added more examples and sample formats to 'alleviate the pain'." Cheerio!

Namun, pelaksanaannya bukan bermula dengan Polisi Alam Sekitar. Permulaannya adalah mengenalpasti Aspek-Aspek Alam Sekitar (Environmental Aspects) dahulu sebelum mengarang sesuatu polisi. Tetapi, apakah sebenarnya yang diurus oleh EMS ISO14001 ini? Apakah pula aspek-aspek alam sekitar itu? Yang ini, akan dijawab selepas paparan berikut. Kita lihat dahulu apakah aliran pelaksanaan ISO14001 ini seperti di Rajah-2. Sila lihat huraian berikut.


EMS ISO14001 mengurus Aspek-Aspek Alam Sekitar (Environmental Aspects). Itulah jawapannya. Kenapa nak diurus? Ia adalah supaya kesan-kesan ketara terhadap alam sekitar dapat dihindarkan, dikurangkan atau dikawal rapi. Sistem pengurusan alam sekitar sebenarnya mengurus aspek-aspek alam sekitar yang ketara; yang boleh dikawal atau dipengaruhi; dengan menggunakan suatu kaedah pengurusan; supaya tidak berlaku, atau kurangnya atau terkawalnya kesan-kesan ketara terhadap alam sekitar. Maka, didalam EMS ini, kita semua bertanggung jawab mengurusnya.
Rajah-2 Kaedah Pembinaan Sistem ISO14001
Langkah pertama untuk pelaksanaan EMS adalah ‘Initial Environmental Review’ dimana kesemua aspek-aspek alam sekitar yang terlibat didalam aktiviti, hasil pengeluaran dan perkhidmatan dikenalpasti secara bertimbang-sukat. Data kuantifikasi sebegini diserasikan secara statistic. Inilah asas kepada EMS yang berfungsi secara berkesinambungan dan berterusan.
Sejenis proses audit alam sekitar yang dipanggil Initial Environmental Review adalah kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti secara terperinci, yang termasuk menyukat dan mengira dengan setepatnya, kuantiti aspek-aspek alam sekitar dari kesemua aktiviti atau proses sesebuah organisasi. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah 'Environmental Aspect' ini. Sila lihat paparan Rajah-3Disediakan juga contoh-contoh didalam bentuk illustrasi yang akan memperincikan keterangan ini seperti berikut; Kata-kunci – ‘interaksi’ (tidak-balas) 
Rajah-3 Definasi Aspek Alam Sekitar ISO14001

Didalam istilah bahasa 'pasar' atau 'supermarket' - "apa-apa sahaja yang boleh bertindak-balas dengan mana-mana komponen alam sekitar; samaada menyebabkan kesan 'beneficial' (baik) atau 'adverse' (buruk) terhadap alam sekitar itu adalah digelar Aspek Alam Sekitar (Environmental Aspect). Alam sekitar adalah sumber bagi kita dan lain-lain penghuninya yang hidup - dipanggil Sumber Alam atau didalam bahasa 'omputihnya' Environmental Resource. Ia diwarnakan hijau sebagai simbolik 'dara yang belum disentuh'. Bila telah kuning, maka, ia mewakili keadaan sumber alam berkenaan telah 'diceroboh'. 
Rajah-4 Peta Am Konsep LCA (Life-Cycle-Assessment) 
Rajah-5 Peta LCA Aspek Kertas
Rajah-6 Kronologi Banjir Kilat
Manusia menjalani kehidupan sebagai 'Khalifah' dimuka-bumi ini dengan mengeluarkan, menggunakan, membuang-sisa, dan merosakkan muka-bumi itu sendiri. Semuanya diatas nama 'teknologi' dan 'kemajuan'. Teknologi dan kemajuan itu tidak salah, tetapi, kita yang telah menyalah-gunakan teknologi dan kemajuan. Rajah-4: Sila anggarkan apa yang akan berlaku pada setiap aspek alam sekitar yang dilepaskan sebagai ‘output’' (font merah). Adakah kita terfikir yang ia akan memasuki semula ke dalam sistem sumber alam kita – sumber kehidupan kita! Mungkin didalam bentuk 'Ikan Patin masak Lemak Cili Padi'  atau "Ikan Kerapu masak Sweet & Sour'. (Mereka yang telah kenal saya tentu ingat analogi ini). Rajah-5Kita semua sering menggunakan nya, tidak kira untuk tujuan apapun, semua kenal kertas. Asal kertas dari palpa (kulit kayu) yang diperolehi dari batang pokok balak. Tak-kan lah kita siat sahaja kulit pokok balak, tentunya ia ditebang sebab batangnya dipotong untuk mendapatkan kayu-kayan bagi kegunaan sektor perkayuan. Bukannya sebatang-dua yang ditebang didalam satu-satu masa, malah, se-ekar-dua hutan-dara itu di'botak'kan sekali gus dengan bantuan jentera-jentera berat ala 'Megatron' menyerang! Maka apabila beberapa ekar hutan yang sebelum ini dilitup redup dan lembab ditebang serentak, apa akan berlaku? Sila perhatikan Rajah 5 & 6. Pe-nyah-hutanan! (Deforestation)
Maka, interaksi alam sekitar berikutan penggunaan kertas adalah penyahutanan yang menyebabkan terjadinya hakisan tanah berlebihan sehingga berlakunya banjir lumpur semasa hujan lebat. Ini berlaku disebabkan permintaan kulit kayu dan kayu balak yang meningkat sejajar dengan kadar pertambahan penduduk, pembangunan bandar, perindustrian, perdagangan dan lain-lain termasuk infra-struktur. Permintaan bahan-bahan lain yang juga diperolehi dari sumber alam turut mengalami peningkatan. Namun, didalam menghuraikan keterangan mengenai kertas sebagai aspek alam sekitar; permintaan kertas telah 
Rajah-7 Akibat Banjir Lumpur
menyebabkan penghasilannya melibatkan interaksi alam sekitar dan kesannya dinamakan 'deforestation' serta berurutan seperti 'chain-reaction' sehingga berlaku 'flash flood' dan 'mud-flood'. (Rajah-7) Maka, didalam konteks pengurusan alam sekitar ala ISO14001 EMS ini, maka penggunaan kertas perlu diurus supaya dapat mengurangkan atau menghindarkan dari berlaunya kesan-kesan ketara alam sekitar (significant environmental impact) seperti yang disebutkan di atas. Bagaimana urusan ini boleh dilakukan? Inilah yang diterapkan oleh ISO14001 didalam bentuk elemen-elemen EMS.
Rajah-8 Peta LCA Aspek alam sekitar:Tenaga Elektrik

Rajah-9 Peta LCA - Aspek Jongkong Logam
Keterangan bagi menghuraikan justifikasi bahawa tenaga ini adalah aspek alam sekitar adalah paling mudah seperti yang dapat dilihat di Rajah-8; dimana, tenaga elektrik ini dibekalkan dari janakuasa yang menggunakan bahanapi minyak diesel. Bagi setiap kWh tenaga elektrik yang dibekal untuk kegunaan kita, sejumlah pelbagai jenis aspek-aspek alam sekitar lain turut terlibat yang berinteraksi dan memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar. Di peringkat penhujung  kesan melibatkan punca sumber tenaga itu sendiri iaitu 'telaga minyak' yang berada didalam keadaan batu-batan struktur geologi di dasar laut misalnya. Apabila permintaan tenaga elektrik bertambah, maka, bertambahlah aktiviti pengerudian struktur 'bedrock' di dasar laut yang menyebabkan kerosakan dan meningkatkan ketidak-stabilan plat-plat 'tektonik' yang memang pun tidak stabil. Maka, bertambahlah risiko gerakan mengejut plat-plat berkenaan. Justeru pengerudian bagi mendapatkan minyak mentah yang berterusan ini dipercayai mempercepatkan pemupusan sumber asli ini atau lebih dikenali sebagai 'resource depletion'. Jadi, aspek 'tenaga elektrik' berkait dengan kesan alam sekitar 'resource depletion' yang lazim disampaikan. Tetapi, pada realitinya kerosakan struktur geologi mukabumi adalah lebih dikhuatiri kerana kesannya lebih mengerunkan dan kemusnahannya lebih berskala luas.Satu lagi aspek yang boleh dibincang bersama adalah logam (metal). Contoh: Emas. Rajah-9: Logam lazimnya berada didalam struktur geologi batu-batan seperti juga minyak. Perlombongannya menyebabkan kerosakan struktur bumi dan kesannya adalah berpanjangan dan mungkin kekal. Bahan berharga ini dilombong biasanya dengan menggunakan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya atau toksid. Jadi kesan-kesan alam sekitar akibat interaksi dari proses pengambilannya dari sumber alam adalah - pemupusan sumber asli (resource depletion), kerosakan muka bumi (damaged geological structures), pencemaran air (water pollution), dan pencemaran tanah (soil contamination) dan radiasi rambang (fugitive radiation) dari TENORM. Maka, hasil perlombongan ini adalah 'metal ore' dimana diantaranya adalah batu-batu yang mengandungi emas. Emas juga boleh didapati didalam bentuk pasir seperti yang biasa diberitakan di Malaysia. Bahan ini diproses selanjutnya adalah untuk mendapatkan emas tulen. Selain dari menjadikan barangan kemas, emas juga mendapat tempat didalam sektor perindustrian seperti penyadurannya pada komponen-komponen elektronik, misalnya. Diantara contoh proses penyaduran ynag melibatkan emas adalah seperti di paparan Rajah-10
Rajah-10 Carta Alir Proses Electroplating - Jenis Bahan Buangan Terjadual
Sila perhatikan aspek-aspek alam sekitar yang berbentuk bahan mentah proses (raw materials) dan juga bahan-bahan buangan atau pelepasan. Keseluruhan rajah alir proses ini mempamerkan interaksi pelbagai bahan yang terlibat didalam penghasilan produk yang disadur dengan Emas. Kesemua ini adalah bukti yang menjelaskan bahawa produk yang disadur itu adalah aspek alam sekitar. Oleh yang demikian, EMS sepertimana piawai ISO14001 menyarankan supaya semua bahan-bahan yang terlibat didalam sesuatu proses perlu diurus dengan kaedah terbaik agar kesan-kesan terhadap alam sekitar dari penggunaannya dapat dihindar, dikurang atau dikawal sebaik mungkin.  
Kaedah mengurus aspek-aspek alam sekitar ini berlandaskan beberapa 'rukun' yang perlu wujud didalam sistem pengurusannya - dipanggil 'elements'. Elemen-elemen pengurusan ini secara amnya memupuk konsep yang mengutamakan peningkatan prestasi alam sekitar yang berterusan atau 'continual improvement'. 
Rajah-11 Ideologi Sistem Pengurusan Alam Sekitar
Bagi merumus ulangkaji mengenai penjelasan berhubung istilah Aspek Alam Sekitar ini maka dipaparkan Rajah-11 ini. Aspek-aspek alam sekitar adalah terhasil dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah organisasi. Aspek-aspek ini juga berpotensi mengakibatkan kesan-kesan terhadap alam sekitar seperti yang telah dibincangkan diatas. Namun, ISO14001 menggesa agar keutamaan pengurusan adalah terhadap aspek-aspek alam sekitar yang boleh dikawal atau dipengaruhi; yang terlibat dari produk yang dihasilkan, kerja-kerja perkhidmatan yang diusahakan atau aktiviti yang dilakukan; dan yang boleh mengakibatkan kesan-kesan alam sekitar yang ketara (significant). Cara atau kaedah terperinci aspek-aspek alam sekitar ini diurus pada takat akhirnya terdapat didalam prosedur operasi atau 'Standard Operational Procedure' (S.O.P) dan Arahan Kerja atau 'Work Instructions' (W.I.S) yang diamanahkan kepada mereka yang aktiviti kerjanya melibatkan aspek-aspek alam sekitar yang ketaraMaka, pada peringkat permulaan, perlu diketahui apakah aspek-aspek alam sekitar yang terlibat didalam aktiviti/proses organisasi kita. 
Rajah-12 adalah satu contoh dari sebuah 'Metal Fabricator' yang membuat struktur-struktur logam bagi sebuah pelantar minyak di Malaysia. Bahan/benda yang tersenarai sebagai 'Input' dan 'Output' adalah aspek-aspek alam sekitar yang terlibat di setiap peringkat 'Process Flow' di kemudahan ini. Inilah cara aspek-aspek alam sekitar dikenali secara tersusun.
Rajah-12 Kajian Input-Output bagi mengenali Aspects' Impact bagi proses 'Sand-blasting' di sebuah kemudahan pembinaan struktur industri berat dari logam. Sila kaji dan kenalpasti apakah jenis 'Environmental Impact' atau Kesan Terhadap Alam Sekitar dari setiap aspek yang disenaraikan sebagai 'input' dan 'output'.

























Aspects' Impact Identification Technique / Teknik Mengenalpasti Aspek Alam Sekitar. (Ditambah pada 30 Jan 2016)
Berikut adalah dikongsikan kaedah mudah dan global bagi mengenalpasti aspek-aspek alam sekitar; 
Rajah-13 Peta LCA untuk Aspek Blasting Agent
Berdasarkan Rajah-13: Kita perlu mempunyai gambaran yang melangkaui sempadan premis atau kilang kita apabila berusaha untuk mengetahui apakah aspek-aspek serta impak-impak yang terkesan dari aktiviti dan pemerosesan di premis kita. Kaedahnya;
  • carta alir operasi atau proses;
  • fahamkan asas LCA setiap bahan yang terlibat;
  • bahan - dari takat 'Hulu' dan 'Hilir' pembentukan sehingga kemusnahan;
  • buat 'Peta LCA' am seperti di Rajah-13; ala-ala 'Mind Mapping';
  • fokus pada bahan utama atau penting dari konteks kesannya kepada alam sekitar;
  • lakukan 'research' jika perlukan kepastian;
  • gunakan contoh format 'Input-Output' seperti di Rajah-14; mulakan dengan mengisi ruang 'Aktiviti-Proses-Equipment' terlebih dahulu;
  • masukan semua aspek-aspek yang telah dikenalpasti - samaada boleh diurus ataupun tidak, boleh di'quantify' ataupun tidak.

Rajah-14 Adalah penting untuk dimasukkan aspek-aspek yang mustahak dan diketahui umum. Sila dapatkan pandangan pakar atau mereka yang terlibat secara langsung dengan proses berkenaan seperti 'foremen' atau operator pengeluaran sendiri kerana mereka mengurus-guna serta terlibat secara langsung.
Proses mengenalpasti dan mengumpul ini lazimnya rumit dan agak lama bergantung kepada saiz aktiviti, kepelbagaian proses dan bahan serta perubahan spesifikasi produk.
Rajah-15 Dokumentasi Kuantitatif Aspek Alam Sekitar. Sekiranya ketepatan hala-tuju sesebuah EMS dititikberatkan, maka, pengiraan aspek perlulah lebih tepat. 
Pengalaman sejak dari tahun 1996 membawa pengarang untuk  mengaitkan pengiraan kuantitatif aspek alam sekitar dengan produk pengeluaran organisasi berkenaan. Samaada organisasi ini sebuah kilang pengeluar produk pembuatan atau ia memberikan produk perkhidmatan, maka, tujuan ia wujud adalah untuk mendapat bayaran dari hasil jualan produk nya. Maka, aspek-aspek alam sekitar dari perspektif ini adalah bersifat kos. Lanjutan dari paparan Rajah-15 diatas, jika sesuatu aspek itu masuk (input) ke dalam organisasi ini seperti bahan mentah, tenaga elektik, komponen, peralatan dan sebagainya, maka, ia perlu dibeli. Seterusnya, jika ia keluar (output) dari organisasi yang sama, maka, pelupusan, kitar-semula atau guna-semula juga perlu melibatkan kos tertentu atau dibayar. Memandangkan kos mempengaruhi kesejahteraan sesebuah organisasi, maka, dari konteks 'environmental accounting'; organisasi berkenaan perlu mengetahui apakah kos setiap aspek yang wujud dan perlu diurus. Ini akan memberikan pencerahan kos yang dinilai dari sudut akaun perniagaan. Justeru itu maklumat berbentuk angka ini akan membantu pihak pengurusan atasan membuat keputusan tertentu dengan lebih tepat dan komited. Maklumat 'Normalized and Quantitative Environmental Aspects' seperti ini adalah ibarat koordinat GPS yang memberikan maklumat 'dimana kita sekarang' serta 'dimana haluan kita' sepertimana ilustrasi di Rajah-16 di bawah.


Rajah-16 Ilustrasi Mengenai Keutamaan Ketepatan Maklumat 'Normalized and Quantitative 
Environmental Aspects' bagi membina Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO14001 khasnya.
Aspects' Impact Evaluation Technique / Teknik Penilaian Aspek Alam Sekitar. (Ditambah pada 30 Jan 2016)
Berikut adalah dikongsikan kaedah mudah dan global bagi menilai aspek-aspek alam sekitar supaya membantu pencarian Aspek-aspek Alam Sekitar Ketara (Significant Environmental Aspects). 
Amaran: Sila hindarkan dari menggunakan perkataan 'Assessment', kerana ia akan disebut sebagai Environmental Impact Assessment yang boleh mengelirukan agensi-agensi penguatkuasaan dengan istilah Environmental Impact Assessment! atau singkatannya EIA. Sesebuah organisasi yang ingin melaksanakan ISO14001 tidak semestinya memerlukan laporan Kajian EIA kerana hanya Aktiviti-aktiviti Yang Ditetapkan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sahaja perlu EIA. Environmental Risk Assessment lebih releven didalam konteks EMS ISO14001.  

Sila rujuk Rajah-17. ISO14001 tidak menetapkan kriteria tertentu tetapi didalam 'Annex-A 6.1.2 - Guidance for Use ...' telah menyarankan semua perkara yang telah dibincang di atas, serta, 'menyebut' kriteria-kriteria seperti .. "(e.g. scale, severity, duration, exposure)." Apa yang dikongsikan di sini adalah jenis-jenis kriteria yang telah terbukti kesesuaiannya sejak ia di'experiment' pada tahun 1997 sehingga 2001 yang melibatkan 17 logi/kilang pelbagai jenis dan saiz dari sektor pembuatan sehingga perkhidmatan. Setelah ia mantap, maka, ia di 'generic'-kan sebagai kegunaan semua denagn jayanya sehingga ke hari ini. Advanced Evaluation Criteria yang melibatkan kepakaran ahli-ahli  'ecologist, zoologist, botanist, socio-economist, oceanographer,' dan yang se-pakar dengan mereka tidak digalakkan melainkan dengan merujuk kepada mereka terlebih dahulu. Malangnya saya bukan mereka sebab mereka adalah guru saya.
Rajah-17 Ilustrasi Kriteria-kriteria Terpilih yang Sesuai bagi Penilaian Aspek-aspek Alam Sekitar bersandarkan Kesan-kesan Alam Sekitar yang berpotensi atau berkemungkinan disebabkan oleh nya.
Berikut adalah format paling ringkas dan sesuai bagi menyenaraikan aspek-aspek alam sekitar menurut susunan aktiviti dan proses sesebuah organisasi - Rajah-18. Ia adalah lanjutan dari Rajah-15. Aspek-aspek 'Input' dan 'Output' terkumpul di sini. Kemudian, setiap aspek dinilai menurut 'Criteria dan Rating' yang disediakan. 
Rajah-18 Ilustrasi contoh Format Daftar Aspek-aspek Alam Sekitar serta Carta Penilaiannya. 
Lanjutan dari ini adalah tanggungjawab organisasi itu sendiri untuk menetapkan julat nilai tertentu yang dipersetujui sebagai Aspek Alam Sekitar yang Ketara (Significant Environmental Aspect). Ini sebaik-baiknya dilaksanakan dengan berdokumen;
  • Minit mesyuarat yang sah dan diperakui Pengurusan Atasan (bukan sekadar EMR);
  • Prosedur (SOP/WIS) yang menghuraikan proses sepertimana dipaparkan di Rajah-rajah 14, 15 dan 18 di atas.
Saya memohon maaf diatas sebarang kekurangan penjelasan bertulis seperti ini. Saya lebih selesa sekiranya dapat menerangkan perkara ini dengan memegang laser-pointer dan whiteboard marker di tangan saya serta ada whiteboard dan projektor, dan, berinteraksi secara terbuka dan di hadapan anda. Maka, sekira ada kelapangan dan budget sila hadir di training session terbuka kami. 
Sekiranya ingin melihat, membaca atau memahami keseluruhan elemen-elemen ISO14001:2015, sila klik link berikut. Paparan ini dilengkapi dengan rajah huraian: http://sekitarsynergy.blogspot.my/2015/04/public-training-upcoming.html
It is for this very reason that one should not simplify this method further. I worry about perhaps some potential misinterpretation by those who don't have enough time to think what they read, of what is written in Guidance Clause A.6.1.2, paragraph 5 of the ISO14001:2015 which states .. " An organization does not have to consider each product, component or raw material individually to determine and evaluate their environmental aspects; it may group or categorize activities, products and services when they have common characteristics." Regrouping some manufacturing activities or processes scheme into one category say 'Production' is indeed a good summary but may lead to the omission or 'overlooking' of important environmental aspects. Hence, this task must be justified by experienced personnel.

Reach for the writer Khalid Mohd Ariff
e-mail: sekitar5221@gmail.com 
Tel: 019-7725676, +607-2441221

No comments:

Post a Comment